Cari @ Amanz

Sebelum ini, timbul desas-desus OnePlus 10 dikatakan bakal hadir dengan versi Ultra pada tahun ini. Pengenalannya dijangka menjelang pertengahan kedua tahun 2022 dan ia berkemungkinan besar dilengkapi cip ISP MariSilicon X untuk pemprosesan pengimejan kelak. Malahan, terdapat juga beberapa lakaran tular yang memaparkan rekaan peranti secara penuh.

Namun begitu, rekaannya kini diperlihatkan dengan lebih jelas menerusi perkongsian beberapa imej oleh Lets Go Digital pula. Ia menunjukkan peranti menampilkan rekaan yang hampir sama dengan OnePlus 10 Pro. Tetapi, sedikit perbezaan pada modul kamera di belakang. Melaluinya, sistem tri-kamera masih digunakan, tetapi salah satu daripadanya kini adalah kamera periskop dengan kebolehan zum mencapai 5X. Di sini, ia nampaknya memberikan sedikit kelebihan bagi aspek fotografi berbanding sebelum ini. Tidak ketinggalan, terdapatnya penjenamaan Hasselblad juga menunjukkan OnePlus akan bekerjasama dengan syarikat berkenaan untuk pengenalan peranti.

Panel hadapan pula adalah sejenis berlubang dengan sokongan kamera swafoto tunggal pada bahagian tengah. Setakat ini, masih tidak banyak maklumat mengenai peranti yang diketahui. Seperti yang kami katakan sebelum ini, rasanya tidak mustahil untuk peranti ini hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 Plus – yang mana turut akan menjana telefon 200MP pertama.

Sumber : Letsgodigital

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd