Realme kini dalam persediaan untuk pengenalan rangkaian peranti baharu tidak lama lagi. Ia dikenali sebagai siri Realme 9 dan salah model yang bakal diumumkan adalah Realme 9 Pro+. Kalau diikutkan, ini adalah kali pertama Realme bakal memperkenalkan variasi ‘Plus’ untuk rangkaian peranti pintar keluarannya.

Beberapa spesifikasi utama juga telah disahkan oleh Realme menerusi perkongsian terkini mereka. Antaranya seperti skrin AMOLED 90Hz, dijana cip MediaTek Dimensity 920 dan tubuh yang boleh berubah warna apabila terdapat cahaya yang dipantulkan. Bukan itu sahaja, ia juga memberi fokus kepada kemampuan fotografi lebih baik menerusi penggunaan sensor Sony IMX766 dan OIS terbina.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, kebolehannya kini diperlihatkan oleh Realme menerusi beberapa perkongsian hasil gambar. Dapat dilihat, mereka membandingkannya dengan beberapa peranti mercu seperti Google Pixel 6, Samsung Galay S21 Ultra dan Xiaomi 12. Menurut Realme, Realme 9 Pro+ adalah peranti mereka yang pertama dilengkapi sensor berkenaan, sekaligus mampu menjanjikan kebolehan fotografi seumpama sebuah peranti mercu.




Dalam pada itu, kamera ini juga dilengkapi dengan teknologi pengimejan yang dibangunkan oleh Realme sendiri, di mana ia mampu menjanjikan tangkapan gambar dalam pencahayaan rendah yang lebih jelas dan terang. Berikut adalah beberapa hasil gambar yang dikongsi untuk penilaian anda sendiri :





Siri Realme 9 akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Februari 2022 untuk beberapa pasaran luar terlebih dahulu.Buat masa ini, belum ada sebarang perkongsian lanjut mengenai tarikh khusus untuk penawarannya di pasaran tempatan. Oleh tu, sama-sama kita nantikan perkembangan lebih lanjut daripada pihak Realme Malaysia dari masa ke semasa.