Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, ia telah dilaporkan bahawa Microsoft dilihat telah menamatkan pembangunan peranti HoloLens baru, khususnya apabila sejumlah besar jurutera didalam bahagian tersebut dilihat meletakkan jawatan dan melarikan diri ke Meta.

Terkini, Alex Kipman, individu yang mengetuai bahagian HoloLens mengatakan bahawa laporan-laporan mengenai HoloLens 3 diberhentikan pembangunannya ialah palsu. Beliau turut mengatakan terdapat laporan lama yang mengatakan bahawa pembangunan HoloLens 2 turut dihentikan, tetapi ia telah diperkenalkan dengan jayanya sekitar tiga tahun lalu.

Ini tidak memberi orang ramai apa-apa maklumat baru mengenai HoloLens 3 yang dikatakan telahpun terkubur. Pelbagai laporan juga mengatakan bahawa Microsoft akan menggunakan khidmat Samsung untuk membangunkan komponen dan rekaan fizikal peranti realiti gabungan HoloLens akan datang, manakala Microsoft akan membangunkan perisian yang diperlukan untuk menggerakkan peranti tersebut.

Apa pun, setakat ini ia tidak diketahui lagi bilakah Microsoft akan mengeluarkan model HoloLens terbaru mereka. Mereka dilihat masih lagi membangunkan peranti HoloLens 2 khusus untuk industri tertentu, dan mungkin hanya akan memfokuskan pembangunan peranti baru di masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd