Pelitup Muka Keluaran Garmin Dan Jovian Boleh Dibeli Pada Harga RM25

Diterbitkan pada Feb 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seiring pengenalan dua peranti boleh-pakai baharu hari ini, Garmin juga berkolaborasi dengan Jovian yang merupakan jenama terkemuka dalam industri fesyen tempatan untuk hadir dengan pelitup muka eksklusif. Ia merupakan pelitup muka tiga lapisan dan boleh didapati dalam tiga pilihan warna seperti biru, hijau dan merah jambu.

Setiap set pelitup muka terdiri dengan 30 keping dan boleh dibeli pada harga RM25. Ia bagaimanapun boleh didapati secara percuma untuk setiap pembelian Garmin Venu 2 Plus yang dijual pada RM2,099 untuk satu set. Bagi yang berminat, ia sudah boleh dibeli bermula hari ini menerusi kedai atas talian Jovian.

komen


© Amanz / 2022 Kami