Cari @ Amanz

Vivo V23e sebelum sedia diperkenalkan di Malaysia dengan tanda harga bermula RM1,399 untuk model 4G. Sementara itu, model 5G pula ditawarkan pada RM1,599. Ketika itu, kedua-dua peranti juga hanya tersedia dengan penawaran warna Moonlight Shadow dan Sunshine Coast.

Dalam perkembangan terkini, ia akan dikemaskini dengan pilihan warna baharu dikenali sebagai Mirage Gold. Pengenalannya di sini sekaligus dapat memberikan pengguna kebebasan untuk memilih mana yang bersesuaian dengan penampilan dan gaya masing-masing.

Seperti namanya, Vivo V23e Mirage Gold hadir dengan kemasan bewarna emas yang menyeluruh. Turut boleh dilihat, kemasannya di sini mempunyai daya tarikan tersendiri dengan tona warna yang tampak lebih menyerlah. Setakat ini, Vivo masih berteka mengenai harga jualan tetapi ia bakal diumumkan secara rasmi pada 11 Februari 2022.

Sumber : Vivo Malaysia

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd