Gabungan OxygenOS Dan ColorOS Hanya Akan Bermula Dengan Android 13 Akan Datang

Diterbitkan pada Feb 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Umum sedia maklum yang OnePlus sudah pun bergabung dengan Oppo dan mereka bakal menggunakan satu sistem operasi yang sama, gabungan daripada ColorOS dan OxygenOS. Namun perancangan ini dilihat ditunda pada OnePlus 10, kerana di China peranti masih lagi menjalankan ColorOS dan versi global kelak akan menggunakan OxygenOS.

Walaupun begitu, pada OxygenOS sudah ada banyak persamaan dengan ColorOS. Ia lebih kepada penjenamaan semula sahaja dengan memasukkan beberapa aplikasi sistem tersendiri. Perancangan ini dilihat masih akan diteruskan pada tahun ini, cuma masih tidak pasti peranti mana akan dilancarkan terus dengannya.

Menurut Yogesh, antara peniris terkenal – OnePlus dan Oppo hanya akan mula menawarkan gabungan sistem operasi ini bermula dengan Android 13 akan datang. Kehadiran Android 13 juga masih belum diketahui lagi, kerana buat masa ini Google sedang sibuk dengan Android 12L yang memfokuskan kepada peranti dengan skrin bersaiz besar dan yang boleh dilipat.

Memandangkan versi global OnePlus 10 akan hadir sekitar Mac atau April, laman web rasmi juga mengesahkan ia masih lagi menjalankan OxygenOS. Jadi mungkin kita perlu nantikan OnePlus 10 Ultra, mana tahu ia adalah peranti pertama dengan sistem operasi serba baharu? Sama-sama kita nantikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami