Cari @ Amanz

Realme C35 bakal diumumkan secara rasminya pada 10 Februari ini dan beberapa spesifikasi utama telah didedahkan. Antaranya seperti sistem tri-kamera di belakang dengan sensor utama 50MP dan cip Unisoc T616 digunakan sebagai tunjang utama peranti.

Dalam perkembangan terkini, tular pula beberapa imej sebenar yang memperlihatkan rekaan peranti dengan lebih jelas. Ia menunjukkan peranti mempunyai panel belakang berkilat dengan dua pilihan warna seperti hijau dan hitam. Turut kelihatan, modul kamera lengkap dengan tiga sensor utama yang disusun dalam bentuk tiga segi. Di samping, rekaan sisi tubuh juga kelihatan rata dan berkotak. Ini adalah rekaan yang sama diperlihatkan menerusi poster acah sebelum ini.

Namun apa yang menjadi persoalan ketika ini, bagaimana pula dengan rekaan panel hadapan? Sungguhpun begitu, kita boleh menyasarkan peranti kelak berkemungkinan besar lengkap dengan panel hadapan bertakuk kecil bersama skrin sejenis LCD. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut bakal terjawab sewaktu pelancaran rasmi kelak.

Sumber : Gizmochina

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd