Live Sharing Pada Google Duo Menawarkan Ciri Menonton Video Bersama Rakan Seperti Apple SharePlay

Diterbitkan pada Feb 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada acara Samsung Unpacked semalam, Google mengumumkan ciri baharu dalam aplikasi Google Duo yang diberi nama Live Sharing. Menerusi ciri ini pengguna Duo boleh melakukan tonton sama aplikasi dan video bersama rakan secara atas talian. Ini adalah mirip dengan ciri SharePlay yang dilancarkan oleh Apple tahun lalu.

Antara aplikasi yang disokong Live Sharing pada waktu ini ialah Samsung Notes, YouTube dan Google Maps. Lebih banyak aplikasi akan menyokong ciri ini tetapi pada waktu ini ia diberikan pada beberapa aplikasi natif Google dan Samsung. Oleh sebab yang sama Live Sharing akan diberikan secara eksklusif pada peranti Samsung sahaja di pada peringkat awal. Ini ialah sama seperti yang dilakukan oleh Google pada peranti Pixel sahaja sebelum ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami