Samsung Galaxy Watch 4 Turut Akan Menerima Kemaskini 4 Tahun
February 10, 2022
Samsung
Aman
Bersama-sama pengumuman sokongan kemaskini Android selama 4 tahun untuk telefon pintar, kini Samsung turut mengesahkan yang mana jam tangan pintar mereka akan turut ditawarkan kemaskini selama empat tahun.

Kemaskini untuk jam tangan pintar ini meliputi dari segi antaramuka One UI Watch dan juga WearOS.
Buat masa ini, sokongan kemaskini baharu ini hanya meliputi Galaxy Watch4, Galaxy Watch4 Classic dan jam tangan pintar Galaxy Watch baharu kelak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.