Metamesta berada di mana-mana sekarang sejak terma ini dipopularkan oleh Meta menerusi platform Horizon Worlds mereka. Satu lagi syarikat yang tidak mahu ketinggalan ialah i-City yang akan membelanjakan RM10 juta untuk mempertingkatkan pengalaman pengunjung ke taman tema mereka.

Pengunjung ke taman tema City of Digital Lights akan dapat menikmati pengalaman metamesta 3D yang imersif. Projek ini dibangunkan dengan kerjasama China Mobile International. Proses transformasi digital ini diharap akan dapat dilakukan sebelum sambutan tahun baru 2023. Pengunjung boleh menyelami landskap digital dan realiti maya interaktif ketika menanti kedatangan detik 1 Januari 2023.
Sebelum ini i-City mengumumkan pembangunan bandaraya pintar generasi baharu dengan kerjasama Huawei.