Cari @ Amanz

Wordle merupakan salah satu bentuk permainan tekaria yang mencuri perhatian ramai. Pemain boleh meneka satu perkataan baharu setiap hari melaluinya, dimana selain mencabar pemikiran kaedah susunan, ia turut membolehkan anda belajar satu perkataan baharu setiap hari.

Disebabkan oleh popularitinya, Wordle turut telah dibeli oleh salah satu syarikat akhbar terkemuka, iaitu New York Times.

Kini, hasil daripada pengambil-alihan, permainan Wordle telah dipindahkan ke laman New York Times. Ia masih menawarkan bentuk permainan sama dan percuma, tetapi dengan sedikit perubahan pada antaramuka. Sekiranya anda memasuki laman Wordle lama, ia akan membawa pengguna secara automatik ke laman New York Times yang baharu.

Perubahan baharu ini telah berlaku pada bahagian desktop, dan dijangka turut berlaku pada paparan mudah-alih tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd