Twisties Malaysia Hadir Dengan Papan Kekunci Edisi Terhad

Diterbitkan pada Feb 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Salah satu trend yang semakin popular akhir-akhir ini adalah penawaran papan kekunci. Kita sedia melihat Royal Selangor yang hadir dengan rekaan kekunci “Durian”, dan kini Twisties turut memperlihatkan papan kekunci edisi terhad mereka.

Dinamakan Kaya Butter Toast Keyboard, ia dilihat sebagai promosi untuk snek terbaru mereka yang telah mula dijual pada bulan ini.

Papan kekunci ini menyertakan sejumlah rekaan kekunci khas, termasuk kekunci dengan rekaan keropok Twisties. Ia turut hadir dengan sokongan pencahayaan RGB.

Buat masa ini, ia tidak dijual kepada umum, dan lebih kepada promosi pihak Twisties selari dengan pengenalan snek baharu mereka.

Bagi anda sendiri, sekiranya ia dijual, adakah anda akan membelinya?

komen


© Amanz / 2022 Kami