DNB Membuang Samsung Daripada Peranti 5G Yang Disokong, Mengurangkan Kelajuan Purata 5G

Diterbitkan pada Feb 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Digital Nasional Berhad, kini dilihat telah membuang jenama telefon pintar Samsung daripada peranti yang disokong – berbeza dengan penyenaraian sebelum ini.

Sebelum ini, ketika pengenalan rangkaian 5G oleh DNB sebelum ini, mereka menyenaraikan siri Galaxy S21 sebagai peranti yang disokong dengan rangkaian 5G di Malaysia. Namun, kini pihak DNB dilihat telah mengemaskini halaman sokongan, dan membuang semua peranti Samsung daripada senarai peranti yang disokong.

Semua peranti Samsung kini disenaraikan akan disokong tidak lama lagi dibawah tag “Akan Datang” – seperti peranti iPhone dan sebagainya.

Disamping itu, DNB juga turut mengemaskini kelajuan purata rangkaian 5G mereka kepada 583.27Mbps – memperlihatkan penurunan sedikit berbanding minggu lepas mengatakan ia mencapai 624Mbps.

Buat masa ini, ia tidak diketahui mengapakah peranti Samsung dibuang daripada senarai sokongan, dan kenapa kelajuan purata rangkaian 5G DNB berkurangan.

komen


© Amanz / 2022 Kami