OnePlus Memulakan Perbincangan Berkenaan OxygenOS 13

Diterbitkan pada Feb 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus kini mengumumkan nama untuk sistem operasi akan datang mereka sebagai OxygenOS 13, dan mengatakan akan membincangkan mengenainya melalui Open Ears Forum pada 28 Februari 2022 ini.

Buat masa ini, pelbagai persoalan yang timbul berkaitan dengan OxygenOS 13 – yang mana berkemungkinan adalah berasaskan kepada Android 13. Google sendiri baru sahaja memulakan ujian untuk versi pembangunan Android 13.

Apa pun, yang menjadi persoalan adalah penggunaan jenama OxygenOS itu sendiri. Sebelum ini, ia telah diperkatakan OxygenOS akan digabungkan bersama ColorOS milik Oppo dalam memudahkan pembangunan dan fokus terhadap perisian.

Dengan langkah terbaru ini, ia tidak diketahui lagi apakah yang kita boleh saksikan untuk OxygenOS 13, dan apakah peranti awal akan menerimanya.

Pada masa yang sama juga, pelbagai peranti OnePlus masih belum menerima kemaskini OxygenOS 12 buat masa ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami