Cari @ Amanz

Dengan pengenalan rangkaian 5G secara berperingkat di seluruh dunia, kini pelbagai pihak telah mula memfokuskan kepada pembangunan rangkaian telekomunikasi generasi seterusnya.

China antara yang menerajui pembangunan dan penyelidikkan rangkaian 6G, dan melalui semakan, ia memperlihatkan China kini mempunyai lebih daripada 40% pemfailan paten 6G di dunia.

Angka ini diikuti oleh Amerika Syarikat sebanyak 35%, Jepun 10%, Eropah 9%, dan Korea Selatan sebanyak 4%.

China sendiri dilihat melakukan pelaburan besar dalam penyelidikkan berkaitan dengannya, dan baru-baru ini memperlihatkan kebolehan memindahkan data sebesar 1TB dalam masa hanya satu saat.

Buat masa ini, pelbagai piawaian masih belum ditetapkan lagi. Ia dijangka dilakukan dalam beberapa tahun lagi, sebelum versi komersil diperkenalkan sekitar 2030 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd