NVIDIA Memperlihatkan Kekunci Artisan Logam Yang Tidak Boleh Dibeli

Diterbitkan pada Feb 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

NVIDIA ialah sebuah syarikat teknologi yang terkenal untuk siri kad grafik mereka yang berkuasa dan cukup sukar sekali untuk dibeli kebelakangan ini. Sebagai penghargaan untuk para peminat dan pemilik kad-kad grafik, mereka dilihat memperkenalkan kekunci artisan logam.

Kekunci tersebut, yang diperbuat daripada logam aluminum, hadir dengan saiz 1U dan mempunyai rekaan RTX On yang merupakan frasa yang sering digunakan apabila bercakap mengenai fungsi Ray-Tracing yang diperlihatkan pada kad-kad grafik siri NVIDIA GeForce RTX.

Sayangnya kekunci ini, tidak seperti kekunci durian keluaran Royal Selangor, tidak akan dijual. NVIDIA mengatakan bahawa kekunci ini akan diberikan kepada pembeli ataupun peminat NVIDIA bertuah melalui cabutan di media sosial Twitter, Facebook dan Instagram, dan ia dikatakan bahawa NVIDIA akan mengeluarkan kekunci-kekunci ini secara sangat terhad.

NVIDIA tidak memberikan sebarang butiran tentang bilakah mereka akan memperkenalkan cabutan ini, dan samada para peminat dan pengguna kad grafik NVIDIA di Malaysia akan berpeluang untuk mendapatkannya, jadi kita nampaknya hanya perlu menunggu untuk butiran lanjut mengenai aksesori ini.

Sumber: NVIDIA

komen


© Amanz / 2022 Kami