Sea Kehilangan Nilai Pasaran Sebanyak RM67 Bilion Selepas Free Fire Diharamkan Di India

Diterbitkan pada Feb 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sea Ltd dilihat kehilangan nilai pasaaran sekitar $16 bilion (RM66.98 bilion), selepas permainan tembak-menembak mudah-alih, Garena Free Fire diharamkan di India.

India sedia mengharamkan sejumlah aplikasi yang mempunyai kaitan dengan China sebelum ini, termasuk PUBG Mobile dan Arena of Valor. Namun, untuk pihak Sea, disebabkan ia syarikat yang disenaraikan awam, pengharaman ini sekaligus memberikan impak terhadap nilai syarikat.

Sebelum ini, Free Fire merupakan permainan mudah-alih paling popular di India pada suku ketiga 2021 lepas. Pengharaman ini, turut dijangka memberikan kesan dalam pihak Sea memperluaskan empayar permainan mereka ke India.

Disebabkan oleh pengharaman ini juga, ia dijangka akan memberikan kesan kepada operasi Shopee di India. Buat masa ini, Sea mempunyai sekitar 300 pekerja, dan meliputi 20,000 penjual melalui Shopee di India.

Masa depan Shopee di India kini menjadi tanda tanya, memandangkan sebarang usaha membesarkan operasi mungkin membawa kepada kesan risiko tinggi ia turut diharamkan.

komen


© Amanz / 2022 Kami