Filem Penuh “Baby Shark” Bakal Hadir Pada 2023

Diterbitkan pada Feb 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Baby Shark” merupakan salah satu sensasi di YouTube, dan yang menjadi pertama mencapai tontonan lebih 10 bilion kali pada platform YouTube. Dengan popularitinya, beberapa variasi kandungan telah dihasilkan, dan kini Paramount turut mengumumkan filem Baby Shark akan hadir pada 2023 kelak.

Filem Baby Shark ini akan diterbitkan bersama oleh Nickelodeon Animation dan juga Pinkfong Company. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah kisah penuh yang bakal dibawakan oleh filem ini.

Paramount mengumumkan filem ini bakal diterbitkan untuk perkhidmatan penstriman mereka, Paramount Plus.

Dengan populariti Baby Shark, adakah anda rasa filem ini akan turut dapat mencuri perhatian ramai – terutamanya kanak-kanak?

komen


© Amanz / 2022 Kami