MacBook Pro 13-Inci Baharu Mungkin Akan Dikemaskini Dengan Cip M2, Serta Touch Bar Dikekalkan

Diterbitkan pada Feb 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang dilaporkan beberapa minggu lalu, Apple bakal hadir dengan MacBook Pro baharu dengan ciri-ciri asas tetapi menggunakan cip pemprosesan yang berkuasa. Cip ini dikatakan adalah Apple M2 baharu dan ia mungkin akan digunakan pada MacBook Pro 13-Inci terlebih dahulu.

Menurut MacRumors, MacBook Pro 13-Inci ini adalah masih sama dengan yang lama. Jadi tiada skrin ProMotion, tiada takuk, serta masih menggunakan panel skrin yang sama. Tambahan sumber lagi, disebabkan ia masih lagi berasaskan MacBook sebelum ini, jadi Touch Bar juga akan dikekalkan. Secara tidak langsung, perubahan ketara hanyalah pada cip dan membolehkan Apple menjual MacBook baharu ini pada harga lebih kompetitif.

MacBook Pro 13-Inci dengan cip M2 ini dikatakan mungkin akan dilancarkan seawal bulan Mac akan datang.

komen


© Amanz / 2022 Kami