Cari @ Amanz

Seiring pengenalan Realme 9 Pro+, terdapat satu lagi model yang turut diumumkan pada acara hari ini. Ianya adalah Realme 9 Pro yang merupakan sebuah peranti 5G dengan janaan cip Snapdragon 695. Dapat dilihat, ia juga langsung tidak menunjukkan sebarang perbezaan dengan model Realme 9 Pro+ untuk aspek rekaan. Sebaliknya, perbezaannya adalah pada sokongan spesifikasi utama.

Untuk spesifikasi khusus, ia menampilkan skrin AMOLED sebesar 6.6-inci dengan kadar segar semula mencapai 120Hz. Di samping cip Snapdagon 695, ia juga dipadankan dengan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula adalah sebesar 5,000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 33W.

Kamera utama pula terdiri dengan 64MP (utama) + 8MP (Ultra-lebar) + 2MP (makro). Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari pada sisi, bicu audio 3.5mm, menjalankan Realme UI 3.0 dan sebagainya. Harga jualan Realme 9 Pro bermula Rs.17,999 (~RM1,004) dan boleh didapati dalam beberapa pilihan warna seperti Sunrise Blue, Aurora Green serta Midnight Black.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd