Siri Honor Magic4 Akan Dilancarkan Di MWC Barcelona

Diterbitkan pada Feb 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor sudahpu mengesahkan mereka akan menghadiri acara MWC Barcelona secara fizikal. Pagi ini video acah mengenai acara yang akan berlangsung mengesahkan peranti yang akan dilancarkan ialah siri Honor Magic4.

Magic4 adalah peranti mercu yang akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 1. Video acah memberikan petanda peranti akan memberikan tumpuan kepada kemampuan kamera yang tinggi. Selain Magic4, peranti skrin boleh-lipat Honor Magic V juga dijangka dilancarkan di peringkat global di MWC Barcelona.

komen


© Amanz / 2022 Kami