Samsung Galaxy Z Fold4 Dijangka Hadir Dengan Ruangan S-Pen Secara Terbina

Diterbitkan pada Feb 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung telah pun memperkenalkan pengganti Galaxy Note pada tahun ini, melalui Galaxy S22 Ultra. Selain daripadanya, pelbagai kelebihan dan ciri Galaxy Note turut dijangka diintegrasikan ke Galaxy Z Fold4.

Menurut laporan baharu daripada TheElec, Samsung bakal menyertakan ruangan S-Pen secara terbina pada Galaxy Z Fold4 tahun ini. Hal ini sekaligus akan memudahkan pengguna menggunakan S-Pen pada telefon boleh lipat berkenaan.

Fold3 S-Pen

Untuk makluman, ciri menulis menggunakan S-Pen sedia disokong pada Galaxy Z Fold3, namun, ia tidak menyertakan ruangan terbina – membuatkan pengguna perlu membawanya secara berasingan, dan mempunyai risiko tinggi untuk hilang.

Dengan integrasi secara terbina, ia akan lebih memudahkan pengguna, serta akan membolehkan peminat Galaxy Note yang turut inginkan telefon-lipat untuk mendapatkannya.

Samsung dijangka memperkenalkan Galaxy Z Fold4 pada pertengahan kedua 2022 ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami