Sime Darby Turut Ingin Menjadi Operator Stesen Pengecasan Kenderaan

Diterbitkan pada Feb 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan perkembangan arena kenderaan elektrik, kini beberapa pihak turut sedang melihat untuk menyediakan perkhidmatan pengecasan kenderaan – selain daripada syarikat stesen minyak sedia ada.

Sebelum ini, kita sedia dengar Tenaga Nasional Berhad yang akan membuka stesen pengecasan kenderaan elektrik mereka tidak lama lagi, dan kini Sime Darby turut menyatakan hasrat sama.

Sime Darby sedia menawarkan beberapa kenderaan elektrik di Malaysia, selain itu turut menyediakan stesen pengecas kenderaan melalui subsidiari – membolehkan pembangun hartanah untuk memasangnya pada projek masing-masing.

Selain itu, Sime Darby turut mengatakan mereka merancang untuk turut menjadi operator stesen pengecas di Malaysia – lebih kurang seperti stesen minyak, tetapi memfokuskan kenderaan elektrik.

Buat masa ini, tiada maklumat lanjut, dan ia dilihat sebagai perancangan awal sahaja. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami