Kini Terdapat 500 Juta Pengguna ColorOS Aktif Di Peringkat Global

Diterbitkan pada Feb 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

ColorOS adalah sistem operasi yang digunakan pada peranti-peranti Oppo. Sejak kebelakangan ini, OnePlus di China turut mula menggunakan sistem operasi ini. Akan tetapi di peringkat global, ColorOS hanya digunakan pada peranti Oppo sahaja.

Terkini, Twitter ColorOS Global menyatakan yang pengguna global mereka yang aktif telah mencapai lebih 500 juta orang. Di Malaysia, ColorOS digunakan pada peranti-peranti Oppo seperti siri Reno, siri dan juga siri Find X mereka.

oloros

Kelak, kita akan lihat sistem operasi ini digunakan pada lebih banyak peranti termasuk tablet dan mungkin peranti boleh-lipat untuk peringkat global. Akan tetapi masih tidak pasti sampai bilakah ColorOS ini akan digunakan, kerana OnePlus ada menyatakan yang OxygenOS dan ColorOS akan bergabung. Adakah ini terhad pada peranti OnePlus sahaja atau peranti Oppo juga akan turut serta?

Adakah anda pengguna peranti Oppo yang turut menyumbang kepada 500 juta pengguna aktif ini? Jika ya, apakah pendapat anda kelak ColorOS akan bergabung dengan OxygenOS dan adakah anda akan menggunakannya jika ditawarkan?

komen


© Amanz / 2022 Kami