Carian
Kad Grafik Intel Arc Alchemist Akan Ditawarkan Seawal Bulan Mac
February 18, 2022 Effi Saharudin

Intel membangunkan GPU diskrit Intel Arc mereka sejak tahun lalu dengan ia dilihat mampu memberikan persaingan kepada GPU yang dikeluarkan AMD dan NVDIA. Kepada yang ingin mencuba sendiri Intel Arc, Intel mengesahkan produk pertama akan muncul pada suku pertama 2022 pada komputer riba terlebih dahulu.

el A

Kemudian Intel Arc untuk desktop akan ditawarkan pula bermula suku kedua 2022 sebelum akhirnya diberikan kepada workstation bermula suku ketiga 2023. GPU generasi pertama akan menggunakan nama Alchemist. Beberapa ujian penanda aras yang tertiris menunjukkan ia setaraf dengan GeForce RTX 3070 Ti.

Komen