Siri Realme GT 2 Bakal Dilancarkan Di Peringkat Global Pada 28 Februari

Diterbitkan pada Feb 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apabila bercakap mengenai siri Realme GT, ia merupakan rangkaian peranti yang memberi tumpuan utama terhadap sokongan prestasi yang baik, di samping perubahan pada reka bentuk yang malar segar seiring dengan arus masa kini. Dalam pada itu, kebanyakan daripadanya juga disertakan dengan penggayaan yang mencuri tumpuan khalayak.

Siri Realme GT2 merupakan penawaran terkini untuk rangkaian berkenaan dan beberapa penambahbaikan menarik turut dilakukan oleh Realme padanya. Antaranya seperti penggunaan bahan mesra alam pada tubuh peranti, lensa ultra-lebar dengan kebolehan mod Fish-eye secara terbina dan rangkaian lebih baik dengan sokongan UWB, Wi-Fi Enhancer serta NFC yang serba baru.

Seperti yang diketahui ramai, peranti ini juga sebenarnya telah diumumkan secara rasmi di China. Terkini, ia bakal dibawa ke pasaran global pula menerusi pengenalannya di acara MWC pada 28 Februari 2022. Tiada sebarang informasi mengenai spesifikasi yang dikongsi, tetapi kita boleh menjangkakan ia masih mengekalkan setiap perincian yang sama seperti variasi di China.

Seperti biasa, penawaran lebih lanjut akan terjawab selepas ia diumumkan kelak. Kekal dengan kami di Amanz untuk kemas kini baharu.

komen


© Amanz / 2022 Kami