Celcom, Digi, Maxis Dan U Mobile Menghantar Cadangan Bentuk DWN Untuk Pengenalan 5G

Diterbitkan pada Feb 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Celcom, Digi, Maxis, dan U Mobile hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan pengenalan rangkaian 5G di Malaysia.

Menurut empat syarikat telekomunikasi berkenaan, mereka telah menghantar cadangan supaya membentuk dua pembekal pukal (Dual Wholesale Networks / DWN) yang mana akan dioperasikan oleh dua konsortium, termasuk kerajaan, DNB dan juga penyedia rangkaian mudah-alih yang bersedia untuk melabur.

Dengan mengeluarkan kenyataan ini, ia sekaligus memberikan gambaran yang mana Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile bersedia untuk melabur dalam membangunkan konsortium dalam mengoperasi rangkaian 5G – selain daripada DNB.

Mereka turut mengatakan yang mana model DWN ini adalah lebih baik, sekaligus mengambil dan menggunakan kelebihan dan kepakaran syarikat telekomuikasi, termasuk sumber dan infrastruktur.

Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile turut menyatakan mereka komited dalam memainkan peranan untuk membawa penyelesaian baik untuk kerajaan, rakyat dan juga industri.

Ke empat-empat syarikat juga akan menantikan keputusan daripada kerajaaan – dimana ia dijangka dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada bulan hadapan .

komen


© Amanz / 2022 Kami