Cari @ Amanz

Suatu ketika dahulu iPhone tidak memerlukan saiz RAM yang besar kerana didakwa mempunyai sistem kawalan memori yang baik. Tetapi dua tahun lalu iPhone 12 Pro dilengkapi 6GB RAM buat pertama kalinya dalam sejarah bagi membolehkan proses penukaran aplikasi lebih pantas tanpa segar semula dilakukan.

Kini mula kedengaran ura-ura pada iPhone 14 kelak, Apple akan meningkatkan RAM ke 8GB. Jika benar ini akan meningkatkan lagi kemampuan peranti untuk menyimpan lebih banyak aplikasi yang dibuka di latar belakang sekiranya tidak digunakan. Sebagai perbandingan pada platform Android peranti dengan memori 16GB sudah ditawarkan. Pada Samsung Galaxy S22 Ultra misalnya, penggunaan memori maya RAM Plus meningkatkan jumlah memori sehingga 20GB jika diperlukan.

Sumber MacRumors

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd