Cari @ Amanz

Microsoft pada minggu ini telah pun memperkenalkan kemaskini untuk Windows 11, yang mana hadir dengan sokongan aplikasi Android. Disamping itu, ia juga turut menyertakan salah satu perubahan pada perisian popular, Notepad.

Notepad generasi baru atau versi moden ini menyertakan kemaskini pada antaramuka – termasuk sokongan teema gelap. Rekaan ini turut selari dengan pelbagai elemen rekaan sedia ada pada Windows 11.

Aplikasi baharu ini tidak menggantikan Notepad sedia ada, sebaliknya pengguna perlu memuat-turun ia secara manual melalui Microsoft Store pada Windows 11 anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd