Cari @ Amanz

Out of Sight Out of Mind atau OSOM adalah syarikat yang dibangunkan oleh Jason Keats, iaitu bekas kakitangan Essential. OSOM bakal hadir dengan telefon pintar tersendiri OSOM V1 (OSOM Vault 1), iaitu telefon pintar yang memfokuskan privasi dan sekuriti.

Idea untuk menubuhkan OSOM wujud selepas melihat seorang rakan disoal siasat oleh pihak berkuasa China semasa melintas sempadan dari Hong Kong. OSOM V1 dikatakan boleh memberitahu pemilik apakah data peribadi mereka yang diakses oleh sistem operasi dan mereka yakin ia adalah 100 kali lebih baik berbanding peranti Android lain di pasaran.

Baru-baru ini pengasas bersama OSOM Wolfgang W. Muller mendedahkan perancangan untuk warna peranti yang akan dilancarkan. Selepas undian di LinkedIn, warna Borealis Green dipilih yang dilihat mirip dengan warna Ocean Depths yang pernah dilancarkan untuk Essential PH-1.

Selain memfokuskan privasi dan sekuriti, peranti ini turut mungkin mudah dibaiki dan akan menyertakan sokongan pengecasan nirwayar. Ia juga akan menjalankan sistem operasi Android yang menghampiri Android asli. Pelancaran peranti sebelum ini dikatakan adalah sekitar MWC 2022, namun kini ia dilihat mungkin akan ditunda pada sekitar bulan Jun ke September 2022 iaitu ketika musim panas akan datang.

Sama-sama kita nantikan.

Sumber: Android Police

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd