OnePlus Mengacah Kehadiran Nord CE 2 5G Untuk Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada Feb 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang diketahui ramai, pengenalan siri OnePlus Nord menunjukkan bermulanya peranti mampu milik buat jenama berkenaan. Terdapat beberapa model yang sedia diperkenalkan dan paling terkini mereka telah hadir dengan penawaran OnePlus Nord CE2 5G. Ia merupakan sebuah peranti yang mengetengahkan sokongan 5G terbina dengan janaan cip MediaTek Dimensity 900. Di samping itu, ia turut disertakan dengan beberapa titik jualan menarik lain seperti kamera 64MP dan bateri yang menyokong pengecasan pantas 65W SuperVOOC.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, OnePlus kini berkongsi perancangan untuk membawa masuk peranti ini ke pasaran tempatan pula. Ia boleh dilihat menerusi perkongsian terkini OnePlus di Facebook rasminya, sebentar tadi. Namun begitu, OnePlus mengambil pendekatan untuk terus berteka-teki mengenai tarikh pelancaran rasmi. Tetapi, kita boleh menyasarkan lebih banyak butiran lanjut yang akan dikongsi dalam masa terdekat ini.

OnePlus Nord CE 2 5G dilengkapi skrin 6.43-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia juga dipadankan dengan bateri sebesar 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W SuperVOOC. Selain itu, sistem tri-kamera turut digunakan dengan tetapan 64MP + 8MP + 2MP, sementara itu kamera swafoto pula adalah sebesar 16MP. Tidak ketinggalan, peranti turut menjalankan Oxygen OS 11.3 berasaskan Android 11.

Sumber : OnePlus Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami