Cari @ Amanz

Samsung Malaysia Membuka Laman Pendaftaran Minat Untuk The Freestyle

Link Copied!

Di CES tahun ini Samsung The Freestyle diperlihatkan sebagai projektor mudah alih yang bukan sahaja boleh digunakan untuk memaparkan kandungan video tetapi juga dipasang pada lampu untuk menawarkan pelbagai warna yang unik. Ia dilihat sebagai projektor pintar multimedia khusus untuk golongan muda yang ranggi.

Samsung Malaysia telah membuka laman khusus untuk pendaftaran minat bagi mereka yang mungkin ingin membeli The Freestyle di Malaysia. Tempoh pendaftaran adalah di antara 21 Februari hingga 6 Mac 2022.

Freestyle mampu memaparkan kandungan video pada resolusi 1080P sehingga saiz 100 inci pada dinding. Ia mempunyai pemegang yang boleh memutarkan The Freestyle sehingga sudut 180 darjah. Sebuah speaker pada bahagian belakang pula menawarkan pengalaman audio 360 darjah kepada penonton.

Ia turut boleh dikawal menggunakan pembantu maya Bixby dan hadir dengan sokongan sambungan HDMI serta USB-C. Pancaran dari telefon pintar juga boleh digunakan. Apabila tidak digunakan sebagai projektor, ia juga boleh digunakan sebagai lampu dengan penyesuai untuk disambung seperti sebuah mentol E26.


Komen ()