Carian
Moderna Membangunkan Vaksin Kanser, Cacar Air Dan Herpes Berasaskan Teknologi mRNA
February 21, 2022 Effi Saharudin

Vaksin Covid-19 Moderna dihasilkan menggunakan teknologi mRNA. Dengan teknologi mRNA kini semakin matang dan terbukti keberkesanannya, Moderna mengumumkan mereka sedang membangunkan tiga lagi vaksin untuk penyakit kanser, herpes dan cacar air.

Ketiga-tiga vaksin yang menggunakan teknologi mRNA ini sedang dalam proses pembangunan awal. Dalam kes vaksin kanser, ia direka untuk menyerang antigen Indoleamine 2,3-dioxygenase (IDO) dan programmed death-ligand 1 (PD-L1) yang membantu pertumbuhan tumor kanser. Moderna berkata pada peringkat awal ujian akan dilakukan untuk menghalang kanser kulit dan paru-paru.

Sebelum ini Moderna mengumumkan pembangunan vaksin untuk HIV menggunakan teknologi mRNA juga. Nampaknya teknologi ini membuka lebih banyak pintu untuk menghapuskan pelbagai penyakit yang boleh membawa maut dalam masa terdekat.

Komen