Realme Akan Melancarkan Sistem Pengecasan Terpantas Dunia Di MWC Barcelona

Diterbitkan pada Feb 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme telah mengacah mereka akan melancarkan sistem pengecasan terpantas di dunia di MWC Barcelona. Poster mengesahkan acara akan diadakan pada 28 Februari kelak. Walaupun kuasa pengecas tidak diacah, Gizmochina mendedahkan rupa pengecas yang akan nampaknya akan mengecas dengan kuasa 200W.

Sebelum ini rekod pengecasan terpantas dunia dipegang oleh Xiaomi dan Vivo yang menyokong pengecasan 120W pada peranti mercu keluaran mereka. Pengecas USB-C yang dibekalkan ini cukup berkuasa ia boleh digunakan juga untuk mengecas komputer riba. Xiaomi juga memperlihatkan konsep pengecas 200W pada Jun tahun lalu tetapi tidak ditawarkan pada mana-mana peranti keluaran mereka setakat ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami