OnePlus 10 Pro Menjadi Peranti Boleh-Lipat Selepas Menjalani Ujian Ketahanan

Diterbitkan pada Feb 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

JerryRigEverything ialah saluran YouTube yang terkenal kerana ujian ketahanan yang dilakukan ke atas pelbagai peranti pintar. Selain menguji tahap ketahanan calar skrin, kaca kamera dan api pada skrin, ujian membengkokkan peranti juga dilakukan. Dalam video terkini ujian ke atas sebuah OnePlus 10 Pro, JerryRigEverythig telah berjaya menghasilkan peranti skrin boleh-lipat OnePlus.

Dalam ujian tahap pertama, panel belakang peranti retak. Kemudian apabila peranti dilipat dari arah bertentangan, kerangka peranti terus patah dan terlibat seperti sebuah Z Flip3 dalam mod Flex. Rekaan kerangka yang nipis dan lubang untuk laras suara yang besar dikesan sebagai titik kelemahan struktur peranti.

OnePlus 10 Pro bukan peranti peranti yang berjaya dibengkokkan oleh JerrryRigEverything. Saluran ini menjadi popular disebabkan ia berjaya membengkokkan sebuah iPhone 6 yang menjadi permulaan kepada BendGate. Selepas itu Apple mengubah rekaan iPhone 6S untuk menjadikannya lebih tahan bengkok. Diharap OnePlus akan turut melakukan perkara yang sama pada peranti mereka yang seterusnya.

komen


© Amanz / 2022 Kami