Cari @ Amanz

Roborock S7 MaxV Kini Di Malaysia – Robot Boleh Bertugas Pada Waktu Malam Dengan Harga RM3099

Link Copied!

Roborock adalah antara jenama robot vakum yang cukup popular dan berkuasa. Sehingga hari ini, robot ini masih saya gunakan di rumah untuk membersihkan ruang tamu – lebih-lebih lagi di kawasan bawah rak atau sofa.

Terkini Roborock Malaysia telah membawa masuk model baharu Roborock S7 MaxV. Kali ini ia hadir dengan sistem mengelak halangan ReactiveAI 2.0 yang menggabungkan sensor RGB, lampu struktur 3D, dan cip NPU serba baharu. Sistem ini mampu memastikan robot vakum Roborock S7 MaxV bertugas tanpa kira apa jua kondisi pencahayaan dalam rumah. Ia boleh mengenalpasti perabot dengan lebih tepat dan pengguna boleh pilih untuk membersih sesuatu kawasan perabot dengan satu klik pada aplikasi.

Sistem VibraRise untuk mengemop secara automatik apabila mengesan lantai dan berhenti apabila mengesan permaidani juga dikekalkan. Kuasa sedutan adalah sehingga 5100pa, menyokong dermaga baharu mereka Empty Wash Fill Dock untuk tujuan mengosongkan tangki habuk, tangki air dan menggantikan dengan air baharu yang bersih.

Beg habuk pada dermaga ini juga dikatakan boleh bertahan sehingga 7 minggu. Harga Roborock S7 MaxV ini adalah RM3,099 dan dijual melalui Shopee rasmi mereka. Dermaga akan dijual pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak, juga di Shopee mereka.


Komen ()