iPhone Boleh-Lipat Kini Dijangka Hadir 2025 – MacBook Boleh Lipat Turut Akan Dibangunkan

Diterbitkan pada Feb 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung sudah menawarkan versi ketiga peranti Z Flip dan Z Fold mereka ke pasaran global dengan setiap versi memperbaiki isu yang muncul pada model terdahulu. Ramai yang menantikan jawapan dari Apple dengan terdapat ura-ura iPhone boleh-lipat mungkin hadir seawal 2023.

Tetapi menurut penganalisa teknologi skrin Ross Young, beliau kini merasakan peranti ini akan hanya hadir pada tahun 2025. Ini adalah berdasarkan maklum balas dari rantaian bekalan. Apple nampaknya tidak tergesa-gesa untuk menawarkannya ke pasaran.

Besar kemungkinan kerana mereka sedang menumpukan perhatian kepada pembangunan set kepala realiti terimbuh. Ming Chi-Kuo sebelum ini mengatakan Apple ingin menggantikan iPhone dengan set kepala dalam masa 10 tahun.

Tambah Young lagi, Apple turut sedang mempertimbangkan untuk menghasilkan MacBook boleh-lipat dengan skrin bersaiz sekitar 20″. Saiz yang besar ini adalah bagi menawarkan skrin yang cukup besar untuk paparan kandungan dan papan kekunci. Produk ini pula dijangka tiba di antara 2026-2027. Pada waktu ini hanya Lenovo ThinkPad X1 Fold ditawarkan dengan rekaan unik ini di pasaran dengan Samsung turut dijangka melancarkan komputer riba boleh-lipat dalam masa terdekat.

komen


© Amanz / 2022 Kami