Oppo Reno7 Z Juga Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Feb 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seiring pelancaran siri Oppo Reno7 hari ini, pihak Oppo turut sama mengesahkan kehadiran Oppo Reno7 Z untuk pasaran tempatan. Menurut Oppo, peranti pintar ini bakal diperkenalkan sekitar bulan April hadapan, namun tiada sebarang tarikh khusus yang dikongsi setakat ini. Di samping itu, peranti pintar juga dijangka bakal meneruskan tradisi dengan memfokuskan terhadap kamera serba-serbi menarik.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, Oppo Reno7 Z sebelum ini telah ditemui tersenarai di laman web rasmi Oppo Indonesia. Ia menunjukkan peranti dilengkapi panel hadapan berlubang bersama saiz bezel seimbang pada bahagian sisi serta atas. Seterusnya, sistem tri-kamera turut sama digunakan dengan dua daripadanya memperlihatkan saiz sensor yang besar.

Setakat yang diketahui, Oppo Reno7 Z dikhabarkan hadir dengan Snapdragon 695 dan bateri 4,500mAh. Sebagai bonus, bateri ini turut menyokong pengecasan pantas 65W bertujuan memendekkan proses pengecasan semula peranti. Bersama-sama denganya, peranti turut sama lengkap dengan ciri penambahan RAM secara maya untuk penggunaan lebih baik.

komen


© Amanz / 2022 Kami