HONOR 50 Lite – Bawah RM 1,000 Tapi Cukup Semuanya

Diterbitkan pada Feb 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mobile World Congress bakal bermula minggu hadapan dan minggu tersebut bakal menyaksikan pelbagai telefon pintar baharu yang akan diumumkan. Namun jika anda tidak dapat menunggu lama untuk mencari telefon pintar bawah RM 1,000, maka HONOR 50 Lite boleh menjadi pilihan anda buat masa ini.

Ini kerana di pasaran terdapat banyak peranti dibawah RM 1,000 tetapi tidak banyak yang mungkin boleh bersaing rapat dengan HONOR 50 Lite. Berikut merupakan sebab-musabab kenapa HONOR 50 Lite lebih berbaloi berbanding lain.

Tersenarai Dalam ‘Telefon Terbaik Amanz 2021 – Kelas Bawah RM 1,000’

Sebab pertama adalah kerana kami sendiri yang mengulas peranti ini, dan bersetuju sebulan suara dengan potensi dan prestasi peranti ini. Walau ia didatangkan dengan cip Snapdragon 662 dipadankan dengan 8GB RAM dan storan 128GB, ia turut boleh menggunakan GMS.

Justeru dengan ini, HONOR yang kembali menggunakan GMS boleh dikatakan satu perubahan semula yang diinginkan peminat yang masih banyak bergantung harap kepada perkhidmatan Google. Malah, ia turut dilengkapi dengan ciri lain yang tidak terkalah kepada telefon lain dalam kelasnya. 

Paparan skrin 6.67-inci Dengan Nisbah Skrin ke Badan Yang Tinggi

Sebut sahaja bawah RM1,000, pastinya ada kekurangan yang terpahat di minda. Padamkan kekurangan tersebut dengan HONOR 50 Lite yang mempunyai paparan skrin 6.67-inci yang cukup besar dalam kelasnya. Malah, ia juga mempunyai nisbah skrin-ke-badan setinggi 94.4%, yang menjadikan rekaannya elegan dan hampir ketiadaan bingkai. Dengan bingkai besar senipis ini, anda boleh lihat lebih banyak dan tepat warnanya hasil dari DCI-P3 Wide Color Gamut.

Dan dengan skrin yang besar ini, anda boleh menggunakan peranti ini sepanjang hari kerana ia turut mempunyai piawaian TUV Rheinland hardware-level yang melindungi mata anda dari cahaya biru yang boleh menyakitkan mata anda. Malah perlindungan ini aktif setiap masa, dan anda tidak perlu menukar tetapan paparan, tidak seperti telefon pintar yang lain yang akan menguningkan paparan anda. 

Gabungan 4 Kamera Utama 64MP, Lengkap Dengan Lensa Fungsi Lain

Jika keupayaan penggambaran pada masa kini turut diadili dengan berapa banyaknya kamera pada peranti, HONOR 50 Lite menyertakan 4 kamera pada bahagian belakang, dan juga kamera hadapan 16MP. Dengan kamera utama 64MP, ia memberikan kualiti berbeza kepada pengguna.

Ini kerana kamera ini juga dibantu oleh gabungan 8MP sudut besar, 2MP sensor kedalaman dan juga 2MP lensa makro. Perlu diingatkan, pada harga dibawah RM 1,000, tidak banyak telefon pintar yang dapat menawarkan banyaknya kamera sebegini. 

Pengecasan Pantas 66W HONOR Supercharge – 55% Bateri Dalam Masa 15 Minit

Perkara yang jarang ada pada peranti bawah RM1,000 adalah pengecasan pantas. Atau ia memerlukan anda membeli aksesori tambahan bagi mengecas peranti dengan lebih laju. 

Namun dengan HONOR 50 Lite, anda tidak perlu risau kerana dengan pengecas yang turut diberikan bersama iaitu 66W, ia adalah pengecas yang jauh lebih besar dari tawaran jenama lain yang mungkin sekadar memberikan pengecas 15W-20W. Atau mungkin tidak memberikannya langsung. 

Dan dengan pengecas 66W ini, ia turut menyokong pengecasan pantas membolehkan peranti mempunyai kuasa 55% dengan pengecasan yang singkat, hanya sebanyak 15 minit. Jadi bayangkan anda hanya memerlukan pengecas selama 15 minit bagi menambah waktu operasi berjam lamanya.


Dengan sebab-musabab diatas jelas sekali jika bajet merupakan faktor utama anda dalam mempengaruhi pembelian peranti pintar, pilihlah HONOR 50 Lite yang menawarkan pelbagai ciri-ciri yang baik, malah membuatkan pembelian anda berbaloi. Ia ditawarkan dalam 3 pilihan warna, pada harga RM 999.

Penafian: Advertorial dari HONOR Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami