Huawei Mate 50 Dilaporkan Akan Hanya Menggunakan Cip Snapdragon

Diterbitkan pada Feb 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ura-ura mengenai Huawei Mate 50 mula kedengaran dan menurut peniris maklumat dari China, kesemua peranti yang dilancarkan tahun ini akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 1. Tahun lalu peranti mercu Huawei masih lagi menggunakan cip Kirin rekaan sendiri di China dan ditukar kepada cip Snapdragon untuk pasaran global seperti Malaysia.

Penggunaan hanya cip Snapdragon sahaja adalah kerana Huawei tidak lagi dapat mengakses cip baharu yang menggunakan teknologi milik syarikat dari A.S. Tanpa cip baharu, mereka terpaksa menggunakan cip Qualcomm. Seperti tahun lalu, Mate 50 juga tidak akan menyokong rangkaian 5G. Huawei sedang membangunkan cip 5G baharu menggunakan teknologi tempatan tetapi bilakah ini akan berlaku masih lagi misteri.

Sumber Gizmochina

komen


© Amanz / 2022 Kami