Bahan api hidrogen dilihat sebagai bahan api alternatif yang lebih mesra alam berbanding yang digunakan sekarang. Ia turut mampu menawarkan lebih banyak tenaga untuk setiap kilogram berbanding sel bateri. Semalam Airbus mengumumkan mereka akan mula menguji enjin dengan bahan api hidrogen pada sebuah pesawat A380.
Pesawat MSN1 yang merupakan A380 pertama dibina dari tahun 2005 akan diubah suai dengan sebuah enjin CFM International yang boleh menggunakan bahan api hidrogen diletakkan pada dek atas pesawat. Empat tangki hidrogen turut akan diletakkan pada buritan kapal bagi membekalkan bahan api.
Ujian dilakukan di bawah inisiatif Airbus ZEROe bagi merealisasikan impian menghasilkan pesawat bahan api hidrogen menjelang 2035. Airbus menyasarkan MSN1 akan melakukan penerbangan pertama dengan enjin hidrogen pada tahun 2026.