Garmin Epix Turut Diumumkan – Boleh Dibeli Pada Harga Bermula RM4199

Diterbitkan pada Feb 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Acara pelancaran hari ini turut memperlihatkan penawaran rasmi Garmin Epix untuk pasaran tempatan. Ia dianggap menarik kerana Garmin akhirnya membuat kemunculan semula untuk rangkaian berkenaan setelah agak sekian lama menyepi. Seperti siri Garmin Fenix 7, ia juga hadir dengan sokongan skrin sesentuh dan butang fizikal untuk kawalan yang menyeluruh.

Bagi yang berminat, jam tangan pintar ini sudah boleh didapati bermula hari ini menerusi sejumlah saluran berbeza. Ini termasuklah Lazada, Shopee, kedai atas talian EACO dan pengedar sah Garmin di seluruh Malaysia. Senarai penuh harga jualan adalah seperti di bawah :

  • Garmin Epix (Slate Steel + Silicone Band) – RM4,199
  • Garmin Epix (Black Titanium + Silicone Band) – RM4,670
  • Garmin Epix (White Titanium + Silicone Band) – RM4,670

Untuk spesifikasi khusus, Garmin Epix (Gen2) lengkap dengan skrin 1.3-inci AMOLED dengan resolusi 416 x 416 piksel. Ia kemudiannya hadir dengan tubuh yang disalut dengan bahan premium bersama paparan jenis Sapphire dan bezel titanium atau bezel keluli tahan karat. Di samping itu, Garmin Epix (Gen2) turut dilengkapi sejumlah ciri kesihatan terbina seperti pemantauan degupan jantung, stamina masa nyataGar, cadangan senaman harian, penjejakan tekanan, dan sebagainya.

Lain-lain spesifikasi yang menyokong termasuklah kebolehan pemberitahuan, kebolehan Garmin Pay, storan muzik dan ciri keselamatan lain. Dengan bateri yang dibekalkan, ia mampu bertahan mencapai 16 hari dengan mod jam tangan pintar dan meningkat kepada 21 hari dalam mod penjimatan bateri.

komen


© Amanz / 2022 Kami