Cari @ Amanz

Elon Musk kini melalui perkongsian di Twitter, mengatakan mereka ingin membolehkan permainan dari Steam dimainkan terus pada Tesla.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan para pengguna kenderaan berkenaan menikmati permainan video dalam kereta tersebut.

Sebelum ini, Elon Musk pernah beberapa kali mengatakan kandungan hiburan akan menjadi salah satu perkara utama apabila kenderaan boleh bergerak sendiri secara swapandu.

Sebelum ini, Tesla juga turut telah memperkenalkan sebuah mikrofon yang dihubungkan ke sistem inforia, sekaligus membolehkan pengguna untuk berkaraoke dalam kereta Tesla.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd