Carian
Imej Pengolokan Realme GT Neo3 Tertiris –
February 24, 2022 Fahim Zahar

Realme 9 Pro+ 5G akan dilancarkan di Malaysia 2 Mac akan datang. Kemudian di acara MWC Barcelona 2022, Realme akan melancarkan sistem pengecas terpantas dunia yang dikhabarkan mencapai 200W. Sebuah lagi peranti yang turut akan tiba tahun ini adalah siri Realme GT baharu, dan lebih spesifik adalah GT Neo3.

Peranti ini dikhabarkan akan dijana dengan cip Dimensity 8000, mungkin menggunakan skrin AMOLED 120Hz dan kamera 50MP. Peranti ini turut dipasarkan sebagai sebuah peranti yang memfokuskan permua, namun tahun ini mereka mungkin akan hadir dengan versi lebih berkuasa – iaitu GT Neo3 Gaming Edition.

Terkini daripada OnLeaks, imej pengolokan yang dikatakan adalah Realme GT neo3 telah didedahkan. Peranti ini dilihat menggunakan panel belakang dengan kemasan kusam seakan Sandstone. Modul kamera juga dilihat menyerupai dengan kebanyakan peranti Realme sekarang.

Di TENAA, peranti ini telah disenaraikan akan hadir dengan dua model berbeza. Skrin adalah 6.7-inci AMOLED FHD+, cip 8-teras 2.8GHz, memori sehingga 512GB dan menyokong rangkaian 5G. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai peranti ini akan datang.

Komen