Cari @ Amanz

Hujung bulan lalu sebilangan pengguna PlayStation 5 di Amerika Syarikat menyedari mereka boleh mengakses tangkapan layar dan video dari konsol ke aplikasi PlayStation App di telefon pintar mereka. PlayStation hari ini mengumumkan ciri ini telah diaktifkan secara rasmi di benua Amerika. Sebelum ini ciri hanya diberikan kepada pengguna di Jepun dan Kanada sahaja.

Dalam aplikasi PlayStation App, tab “Capture” boleh diakses untuk melihat kesemua kandungan yang selama ini hanya boleh diakses pada konsol. Pada waktu ni simpanan tangkapan layar secara automatik ke aplikasi hanya disokong selama 14 hari. Video pula harus lebih pendek dari 3 minit dan pada resolusi 1080p sahaja.

Dengan sokongan ini, proses berkongsi klip video dan gambar menarik dalam permainan kegemaran boleh dilakukan menggunakan telefon pintar buat pertama kali. Sokongan ciri ini kepada pengguna di negara-negara lain akan diberikan dalam bulan-bulan mendatang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd