Cari @ Amanz

Metamesta tidak akan berguna tanpa dunia yang boleh dilawati. Tetapi tidak semua penduduk bumi mempunyai kepakaran untuk menghasilkan objek 3D di dalam dunia metamesta. Untuk memudahkan proses pembinaan dunia di dalam platform Horizon World mereka, Meta telah memperlihatkan Builder Bot dalam acara Inside The Lab mereka yang berlangsung semalam.

Builder Bot boleh membina objek dalam metamesta dengan hanya mendengar arahan suara pengguna. Dalam demo yang dikongsi, Mark Zuckerberg menempatkan pokok, meja dan minuman dalam pentas metamesta lengkap dengan audio serta objek lain yang boleh digunakan oleh pengguna.

Pada waktu ini Builder Bot masih lagi di peringkat pembinaan dengan kualiti grafik serta jumlah poligon masih lagi agak rendah. Apa yang cuba dihasilkan oleh Meta dengan Builder Bot ialah alat yang membolehkan penciptaan dunia dalam metamesta yang lebih pantas tanpa memerlukan kepakaran grafik atau pengaturcaraan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd