Cari @ Amanz

Platform metamesta Meta Horizon baru sahaja dibuka kepada umum Disember tahun lalu. Dua dunia yang boleh digunakan sekarang iaitu Horizon Worlds dan Horizon Venues kini mempunyai lebih 300,000 pengguna yang bersamaan dengan peningkatan 10 kali ganda sejak dilancarkan.

Meta Horizon membenarkan pengguna menyelami dunia maya menerusi set kepala Meta Quest dan menggantikan diri dengan avatar tiga dimensi. Meta Venues misalnya telahpun digunakan oleh pengguna untuk menghadiri konsert secara maya seperti visi yang dikongsi oleh Mark Zuckerberg beberapa bulan yang lalu.

Akaun rasmi Meta Horizon Worlds turut mengumumkan 10,000 dunia telah dibina oleh pengguna yang kemudiannya boleh dilawati. Facebook mengubah nama kepada Meta kerana percaya metamesta ialah masa depan mereka. Walaupun menyebabkan kerugian berbilion ringgit, percaturan Meta sudahpun menunjukkan kejayaan awal.

Sumber The Verge

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd