Nilai Kripto Bitcoin Dan Ethereum Menjunam Lagi Selepas Rusia Menyerang Ukraine

Diterbitkan pada Feb 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sekarang bukan masa yang baik bagi pelabur kripto di seluruh dunia. Selepas nilai wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum jatuh mendadak selepas perlombongan diharamkan di beberapa negara seperti China, ia kini jatuh lagi selepas Rusia melakukan serangan ke atas Ukraine.

Semasa artikel ditulis nilai 1 Bitcoin adalah RM 148,140 berbanding RM155,985 di permulaan hari bersamaan penurunan 4.6%. Ia sekarang sekitar separuh dari nilai tertinggi melangkaui RM269,000 yang dicapai pada November 2021. Sementara itu nilai 1 Ethereum pula adalah RM9,959 berbanding RM10,840 di permulaan hari bersamaan penurunan 8.1%. Nilai kesemua kripto utama lain juga menunjukkan trend penurunan.

Penurunan nilai berlaku kerana Rusia ialah antara negara dengan jumlah pelombong kripto terbesar dunia dan segala bentuk konflik akan mendatangkan kesan kepada aktiviti dan seterusnya hashrate dunia.

komen


© Amanz / 2022 Kami