Samsung adalah syarikat terawal menawarkan set kepada realiti maya Galaxy Gear VR pada tahun 2015 dengan kerjasama Oculus. Pernah suatu ketika Gear VR ialah set realiti maya dengan jualan tertinggi di dunia sebelum dipintas Oculus yang menawarkan set kepala VR kendiri. Menurut laporan ET News, Samsung akan kembali ke arena set kepada realiti terimbuh AR yang menggunakan teknologi hologram.
Tidak jelas bagaimana hologram ini akan diguna pakai tetapi menerusi teknologi yang dibangunkan oleh Samsung Advanced Institute of Technology. Samsung mempunyai projek manusia maya seperti NEON dan pembantu maya NEON Frame untuk kegunaan melayan pelanggan di premis perniagaan. Hanya tiga tahun lagu Samsung HMD Odyssey+ dipasarkan sebagai set kepala AR mereka yang tidak dipasarkan secara meluas.
Dalam laporan yang sama set kepala ini dipercayai akan menggunakan cip Exynos serta sistem operasi Android. Kerjasama yang rapat antara Samsung dan Google mungkin akan turut dilakukan dalam arena AR seperti Wear OS. Google menarik diri dari platform Daydream beberapa tahun yang lalu.
Selain set kepala sendiri, Samsung turut akan bekerjasama dengan Microsoft yang sudahpun mempunyai set kepala AR tersendiri. Kesemua ini dilakukan bagi memastikan Samsung tidak ketinggalan lebih-lebih lagi dengan Apple diramalkan melancarkan set kepala AR mereka dalam masa terdekat.