Cari @ Amanz

Realme baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar baharu dibawah siri Narzo di India, iaitu Realme Narzo 50. Walaupun Realme ingin memasarkan ia sebagai peranti yang sesuai untuk permainan video, namun pada pelancaran rasmi, Realme dilihat kurang yakin memperlihatkan ciri permainan video pada telefon pintar berkenaan.

Melalui pelancaran, ia dilihat Realme sekadar menggunakan video untuk mempertontonkan ciri bermain video – dan melakonkan seumpama sedang memainkan permainan sebenar.

Perkara ini terdedah apabila pemain tertekan skrin, dan memaparkan bar tontonan video, selain talam baru notifikasi.

Untuk makluman, ini bukan kali pertama Realme “kantoi” dalam bahan promosi mereka. Sebelum ini, mereka turut pernah menggunakan video permainan yang dirakam menggunakan iPhone untuk dimuatkan dalam promosi Realme Narzo 30A.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd